JUST A WEIRDO.
malam bahagia malam suram
29 November 2017 @ 10:01
Tak menyangka pada satu malam
Dari ketawa menjadi kelam
Kau bilang, aku perempuan punya ada satu dalam seribu
Kau bilang lagi, malang laki-laki jika menolak aku.
Tapi pada malam itu juga
Aku terus jadi kaku
Aku menyatakan perasaan sebenar benarku
Mukaku merah, mengharap jawaban yang sama seperti rasa hatiku.
Tetapi rupanya tidak.
Perasaan kita tidak sama.
Lalu aku terima itu.
Sudah ku pujuk hati ku menghormati segala keputusanmu
Perih,aku jadi buntu.
Rebah,hatiku hancur.
Tuhan saja tahu bunyi retaknya,
Seperti pinggan pinggan pecah, berantakan di luar kota.
Otak ku tak mengerti, ku persoalkan kenapa.
Mengapa tidak sama.
Betul. Rupanya tidak semestinya jika rasa suka itu akan terbalas.
Aku punya hatimu tapi kau tak punya aku.

0 comments: leave a comment
kekasih gelap;
27 November 2017 @ 05:52
Cara mencintai kau yang paling aku suka-;
adalah dengan cara kau tidak mencintaiku.

Walaupun kau tak tahu dan tak pula kau rasa,
aku sentiasa hadir dalam cerah mahupun gelap harimu.
berdiri selalu di belakangmu, menjadi tongkat sokongan kelam hidupmu.

Panggil saja aku, akanku muncul.
biarkan saja aku, akanku hormati masa mu.
walaupun, terkadang aku rasa aku cuma kau cari ketika kebosananmu.
tak mengapa, cinta sendiri menyindiri merasa ku sendiri ini memang perih,
aku terima risiko ini.
risiko biarkan hati aku mati.
mati dalam mencintai kau walau tak terbalas,
kerana in caraku dan aku suka itu.

Tak akan pernah ku paksa kau memandang ragaku,
kau punya hati dan keputusanmu dan aku menerima itu.
aku punya jiwa dan kesukaanku dan aku memilih orangnya adalah kamu.
walau tak terjawab dan tak terbalas tepukan tanganku.
aku memilih hidup begini dengan cara jatuh cinta begini dengan cara merindui kau begini dengan cara menyayangi kau begini.

Walau dalam diam,
aku punya cara tetap seperti ini.
0 comments: leave a comment
Gelap.
25 December 2014 @ 23:51



Kelam,dalam.


Tak punya arah.


Hitam hati,tak ada yang hulur tangan.


Kecewa. Heh rupanya aku tak penting di dunia.


Tiada siapa kesah aku ada atau tak ada.


“hamba Tuhan,kau ada surat cinta.”


dari siapa?


“dari DIA.”



Hina.


DIA ada...


Sentiasa. Sebenarnya.


0 comments: leave a comment
Ayah.
23:39


Dikucup dahi aku. Tak mahu aku dibelakang.

Dari sahabat sahabat celik,tak mahu aku terjatuh.

“kau boleh anakku,kau boleh” dengan yakin nya ayah aku.

Walau harapan tipis,masih berdiri pegang tangan aku.

Pimpin aku menerusi jalan liku.

Kata dia,

“jalan ke syurga penuh likunya.kita boleh.”
0 comments: leave a comment
UMI.
23:34




Dipukulnya aku.

Dikatanya aku,kau membenciku.

Orang bilang,marah tanda sayang.

Apa orang tipu?kata aku.

Masuk kamar,bersosok kain putih.

Dibentangkan tikar,aku perhati satu per satu.

Hingga akhir,air mata mengalir.

“Tuhan,maafkan dosa anakku.”
0 comments: leave a comment